Fujifilm Didakwa Tiru Filem Berbingkai Putih Polaroid – Perlu Bayar Royalti.

VIRAL
November 20, 2017 - 11:58 AM


Terkenal dengan kamera instant yang membolehkan penguna terus mendapatkan gambar selepas diambil. Polaroid Corporation merupakan syarikat yang pertama mengeluar dan mendaftarkan patern kamera dan filem segera sebelum idea mereka diikuti dan dikeluarkan oleh syarikat lain.

Walaupun Polaroid dikatakan tidak mengeluarkan sebarang kamera instant dan filem lebih kurang sedekad yang lalu, namun mereka dikatakan melesenkan jenama mereka kepada beberapa produk elektronik lain seperti televisyen, tablet dan juga drone. Tapi, walaupun dengan pengeluaran semua produk lain, Polaroid masih mahu nama mereka dikaitkan dengan prodek filem dan kamera segera.

Oleh sebab itu, Polaroid telah menghantar surat melalui PLR IP iaitu pemberi lesen kamera dan filem segera Polarid kepada Fujifilm yang meminta royalti yang bernilai jutaan ringgit atau Fujifilm terpaksa menghentikan pengeluaran filem segera berbentuk segi empat sama pada model Instax mereka.

Polaroid Vs Fujifilm

Melalui surat yang dihantar kepada Fujifilm, Polaroid mendakwa bahawa ia memiliki tanda dagangan untuk kesan "persegi dalam satu persegi", dan produk filem terbaru Fujifilm adalah "pada dasarnya sama" dalam bentuk dan size filem.

Walaubagaimanapun, Fujifilm membalas dengan sinis mengatakan bahawa ini adalah mungkin taktik Polaroid untuk mendapatkan hasil daripada apa yang kekal dalam portfolio harta intelek syarikat itu setelah gagal mendapat keuntungan dari penjualan produknya sendiri.

Dikatakan masalah mereka ini bermula sejak Januari lagi, dan Fujifilm akhirnya melakukan aduan rasmi kepada mahkamah  dan berharap pihak mahkamah akan menyebelahi mereka dan batalkan tuntutan daripada Polaroid.

 

Sumber : The Verge

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video