Gara-Gara Berasmara Di Tempat Terbuka 2 Staf Di KLIA Dibuang Kerja Serta Merta

TERKINI
January 09, 2019 - 03:38 PM


Sejak akhir-akhir ni banyak pula kes staf dibuang kerja gara-gara tingkah laku dan kuasa media sosial. Jika sebelum ini kita lihat banyak kes hina Agong telah dibuang kerja kini 2 lagi orang staf di KLIA dibuang kerana aksinya berasmara di tempat awam telah dirakam dan tular.

Disebabkan itu, mereka telahpun di buang kerja dan netizen masih lagi menghemtam kerana pasangan itu tidak dikenakan tindakan tatatertib dari jabatan Agama Islam.

Lebih malang lagi, isteri kepada lelaki tersebut baru sahaja melahirkan anak. Si suami pula temgah sibuk berasmara dengan perempuan lain di khalayak ramai pula. Apa dah jadi dengan nilai manusia sekarang. Berlumba-lumba nak tayang dosa. Netizen pula tak henti-henti mengeluarkan kata-kata makian dan cacian.

Satu video yang dikongsikan seorang pengguna Twitter menjadi tular kerana menunjukkan pasangan mengenakan seragam kerja bercumbu di balik tiang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Kejadian itu dirakamkan orang awam dan dimuat naik ke Instagram Story.

Ada yang mempersoalkan mengapa orang awam merakam kejadian tersebut dan menyebarkannya, namun Netizen menganggap untuk menjaga aib, pasangan itu sepatutnya tahu mereka berada di tempat awam dan sepatutnya mencari bilik.

Bagi kami, cara untuk mengajar sekarang adalah melalui dunia digital, jika ditegur belum tentu lagi mereka nak dengar. Paling kurang bila dah viral barulah orang lain turut tidak merani untuk melakukan perkara sebegitu.

Apapun good jon netizen yang viralkan... Kalau nak harapkan pihak berkuasa tak tahulah bila akan diambil tindakan.