
Genap 7 Hari, Puteri Sulung Dato Siti Diberi Nama...
VIRALPenantian netizen akhirnya terungkai sebentar tadi. Dalam satu majlis yang dibuat dan ditonton kepada umum melalui livestream di youtube, penyanyi terkenal tahah air Dato Siti Nurhaliza akhirnya mengumumkan nama untuk puteri sulungnya itu.
Menurut posting di Instagram kira-kira jam 8 malam, Siti telah mengumumkan bahawa puterinya yang digelar Fatimah Az-Zahra selama satu minggu itu akan diberi nama dan boleh ditonton secara langsung di Youtube pada jam 9 malam.
Nampak ramai yang tak sabar menanti. Tepat jam 9 di youtube rasmi Dato Siti dah ada lebih kurang 4.5 ribu orang yang sedang menunggu siaran langsung untuk menyaksikan majlis tersebut.
Majlis Aqiiqah dan tahnik tersebut telah ditonton oleh 19 ribu orang dan akhirnya, Dato Siti mengumumkan nama anaknya adalah Siti Aafiyah.
Siti Aafiyah, cantik nama yang mereka pilih untuk puteri mereka tersebut. Dan dikatakan Dato Siti mendapat ilham daripada surah yang beliau dengar di Mekah.
Moga menjadi insan yang baik ye Siti Aafiyah.