"Gol Lawa, Tapi Celebration Tu Lagi Padu!" - Cristiano Ronaldo Sujud Syukur Ledak Gol Kemenangan!

SUKAN
May 24, 2023 - 04:55 PM


Bintang bola sepak dunia Cristiano sekali lagi mencuri perhatian peminat bola sepak biarpun sudah berkelana di negara Arab. Cristiano Ronaldo berjaya mencetak gol yang cukup cantik dan juga penentu kemenangan Al-Nassr dan terus menekan pendahulu Saudi League musim ini.

Jaringan dari luar kotak yang cukup memukau dari Cristiano Ronaldo itu sememangnya sangat penting kerana menghidupkan peluang Al-Nassr untuk mengecapi kejuaraan liga. Namun, ada momen unik dari mantan pemain Manchester United tersebut.

Sebelum meraikan golnya dengan trademark-nya, yang mengejutkan peminat bola sepak khususnya muslim adalah Ronaldo bersujud terlebih dahulu. Bagi orang muslim, sujud merupakan satu postur atau kedudukan yang memberi maksud syukur dan merendah diri.

 

Destination: