Kos Tinggi Jadi Punca Tiada Siaran Langsung Percuma Euro 2024 Buat Rakyat Malaysia

SUKAN
June 14, 2024 - 04:51 PM


Antara kejohanan utama pada tahun ini, sudah tentunya saingan bola sepak eropah Euro 2024 yang bakal sepak mula awal pagi esok. Jika sebelum ini RTM pernah menyiarkan perlawanan bola sepak berprestij seperti Piala Dunia 2018, EURO 2020 dan Piala Dunia 2022, namun tidak bagi Euro 2024.

Semua perlawanan Euro 2024 tidak dapat disiarkan secara percuma di kaca televisyen menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) disebabkan ia menelan kos tinggi.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia,  Suhaimi Sulaiman ketika menjawab persoalan peminat di laman X.

Menurut Suhaimi, kos penyiaran Euro 2024 mencecah sehingga RM60 juta dan ia melibatkan wang pembayar cukai.

“Saya penjawat awam nak jelaskan betapa mahal gila hak siaran itu kepada yang tag dan maki hamun saya sekali.

“Hak siaran kejohanan sukan antarabangsa ini ada antara RM10 juta ke RM60 juta. Kami nak belanja duit pembayar cukai kena buat keputusan dengan betul,” katanya.

Destination: