EURO 2024: Dua Gergasi Bertemu Awal Di Pusingan 16

SUKAN
June 27, 2024 - 06:47 PM


Kejohanan bola sepak benua Eropah, Euro 2024 telah pun memasuki peringkat kalah mati apabila sebanyak 16 pasukan telah mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya selepas mengharungi tiga perlawanan. 

Aksi pertama pusingan 16 Euro 2024 akan berlangsung pada hari ahad ini, 30 Jun 2024 membabitkan pasukan Switzerland menentang Itali pada jam 12 tengah malam waktu Malaysia diikuti perlawanan lain. 

Salah satu aksi yang dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak ialah aksi membabitkan Perancis dan Belgium di Dusseldorf Arena.

Pertembungan ini dinantikan ramai kerana kedua-dua pasukan dianggotai ramai bintang ternama seperti Kylian Mbappe, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan Antoine Griezmann yang beraksi di liga-liga utama Eropah. 

Pasukan Belgium pastinya mahu membalas dendam ke atas Perancis ekoran Les Bleus sudah beberapa kali mengecewakan pasukan yang dibimbing Domenico Tedesco itu. 

Selain itu, pasukan tuan rumah, Jerman bakal menentang Denmark yang disusuli dengan perlawanan antara pasukan England dan pasukan ke-45 dunia, Slovakia. 

Destination: