Hampir RM30 Ribu Lesap, Tempah Villa Mewah Yang Tidak Wujud Di Booking.com

August 30, 2019 - 11:43 AM


Percutian 12 sekawan berasal dari Perancis nampaknya berakhir dengan kekecewaan selepas vila mewah yang ditempah mereka untuk percutian dua minggu di Croatia hanyalah sebidang tanah kosong!

Chloe Melin, 22 tahun dan 11 orang rakannya impikan sebuah percuatian ideal dan terletak di persisiran pantai di Hvar, Crotia. Siapa tak seronok kan bila dapat bercuti dengan kawan – kawan dan dikhabarkan mereka membayar sekitar €6,240 (RM 29,124) untuk bercuti di sebuah villa mewah di tepi pantai.

Setibanya di lokasi, mereka dapati alamat yang diberikan hanyalah sebidang tanah kosong dan terbiar. Memikirkan mereka berada di alamat yang salah, mereka cuba bertanyakan lokasi ‘sebenar’ villa mewah mereka dan sememangnya villa berkenaan TIDAK WUJUD.

Peliknya disini adalah, ini sebenarnya bukanlah kali pertama kerana beberapa orang pelancong juga terkena nasib yang sama sekitar bulan Julai yang lalu. Menurut mangsa, pihak Booking.com tahu akan perkara ini tetapi tidak mengambil tindakan.

Dalam screenshot yang dipaparkan mangsa di Twitter, Felipa Vila yang diiklankan adalah sebuah vila mewah bertaraf 5 bintang dan ia mempunyai pelbagai kemudahan dan berada di lokasi yang sangat dekat dengan pantai.

Sedar akan mereka sebenarnya telah ditipu, mangsa cuba hubungi pemilik menggunakan nombor yang diberikan melalui laman web tempahan booking.com, namun usaha mereka gagal.

 

Tambah Melin lagi, ‘pemilik’ villa berkenaan sebelum ini sangat aktif berkomunikasi dan respon kepada semua mesej sehinggalah bayaran dibuat.

Thread berkenaan insiden Melin ini telah mendapat perhatian ramai dan pihak booking.com telah menghubungi mereka serta mengambil tindakan mengeluarkan villa berkenaan dari senarai mereka dan Melin mendapat pampasan penuh dari Booking.com selepas insiden berkenaan.

 

Nota Editor : Sebenarnya, inilah kekurangan atau bahayanya tempahan melalui laman web. Kalau nak diikutkan, nama Booking.com ni bukanlah satu nama yang asing. Bila baca peristiwa ni, teringat kisah waktu ke Cambodia tahun lepas.

Situasinya sama; iaitu seorang sahabat saya telah membuat tempahan dan bayaran melalui laman web untuk bermalam di hotel di Cambodia. Malangnya, hotel yang ditempah tersebut telah bertukar pengurusan dan pihak pengurusan lama dan profil lama di laman web tempahan tersebut tidak diturunkan.

Masalah timbul apabila tiba di hotel, pihak hotel sekarang mengatakan mereka tidak menerima sebarang tempahan / nombor booking tidak wujud. Mahu tak panik. Mujur waktu itu, kami semua tenang, cuba hubungi pihak laman web berkenaan.

Makan minggu jugak perkara tu nak diselesaikan, sudahnya sepanjang seminggu disana, sahabat kami tu terpaksa cari hotel yang lain tinggallah dia dekat RS III, hotel murah di Phnom Penh. Nasib baik ada kekosongan lagi. Kalau tidak, tidur kaki lima lah jawabnya.