
Hati-Hati Jika Terima E-mel 'AirAsia Big Loyalty Bonus', Ianya Scam!
VIRALAirAsia memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan penipuan dalam talian melalui e-mel yang menggunakan tajuk 'Bonus AirAsia Big Loyalty' seperti gambar di bawah.
Orang ramai diminta untuk berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada laman web dan saluran media sosial rasmi AirAsia untuk berita, aktiviti atau promosi terkini syarikat.
Bagi mengelakkan sebarang keraguan atau ingin melaporkan penipuan yang disyaki melibatkan AirAsia, sila berhubung dengan syarikat penerbangan itu melalui saluran komunikasi rasmi seperti berikut:
Facebook: www.facebook.com/airasia
Twitter: www.twitter.com/airasia
Laman AirAsia Support: support.airasia.com
AirAsia turut mengingatkan bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan yang menganjurkan skim palsu tersebut menggunakan jenama AirAsia.
Malah, AirAsia juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang timbul daripada skim palsu ini.
P/S: Cuba check korang pernah tak dapat email yang sama macam yang dikatakan tu, kalau ada lapor segera sebab ianya SCAM!
Sumber: Newsroom AirAsia
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video