7 Tahun MH370 Dalam Kenangan...
TERKINIPada 8 Mac 2013, sebuah berita menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines, MH370 yang membawa 239 orang penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing, China telah hilang dari muka bumi. Sehingga kini, masih lagi tiada jawapan tentang misteri kehilangan pesawat tersebut meskipun pelbagai pihak telah cuba untuk mencarinya.
Walaupun sudah 7 tahun berlalu, tragedi hitam itu masih lagi berada di dalam ingatan rakyat Malaysia terutamanya keluarga mangsa yang menaiki pesawat tersebut. Menurut temuduga yang ditulis oleh Berita Harian, beberapa ahli keluarga mangsa tampil memberi pandangan mereka terhadap kejadian yang tidak dijangkakan ini.
Kehidupan Perlu Diteruskan
Menurut anak perempuan kepada ketua pramugara pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari, beliau berkata kehidupan perlu diteruskan walaupun tiada sebarang jawapan bagi merungkai misteri kehilangan pesawat tersebut. Perasaannya masih lagi sama ketika 7 tahun yang lalu ketika beliau berusia 17 tahun pada waktu itu.
Manakala adik ipar kepada Ketua Pramugari pesawat tersebut tidak lagi mahu mengingati peristiwa hitam yang melanda kehidupan mereka.
Tidak Salah Untuk Meneruskan Pencarian
Menurut juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL), kekurangan petunjuk baharu mengenai pesawat tersebut menggusarkan ramai pihak. Namun tidak salah sekiranya kerajaan mahu meneruskan proses pencarian pesawat tersebut. Ini kerana terdapat beberapa kes kehilangan pesawat yang lain berjaya ditemui rangkanya setelah kehilangan selama beberapa tahun.
Sebagai contoh kapal terbang Piper di Michigan, Amerika Syarikat berjaya ditemui selepas 21 tahun kehilangan. Dan kapal terbang Learjat yang dijumpai di Hampshire selepas 3 tahun menghilang. Beliau juga berkata masih lagi ada harapan untuk mencari pesawat tersebut.
Kementerian Pengangkutan pula akan mengumumkan sama ada mereka akan melancarkan semula pencarian MH370 atau tidak pada masa yang terdekat.
Sumber: Berita Harian