"Hati-hati Kalau Bawak Anak Ke Genting" - Pemuda Kongsi Pengalaman Anak Kecil Hampir Diculik Warga Asing
TERKINIAntara lokasi yang menjadi tumpuan untuk keluarga datang bercuti atau luangkan masa bersama sudah tentunya di Genting Highlands. Banyak permainan dan ride yang menyeronokkan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Sempena cuti Hari Malaysia yang lalu, ramai ibu bapa mengambil kesempatan keluar berjalan membawa anak-anak ke Genting Highlands. Sepatutnya menjadi memori indah bersama keluarga, namun perkongsian lelaki ini tentang peristiwa di mana anak rakannya hampir diculik di Genting Highlands amat mengejutkan.
@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound - alfitryazmi52
Kejadian itu berlaku apabila anak kepada rakan pemuda ini, tinggal bersama ibunya ketika yang lain naik roller-coaster. Namun setelah turun dari ride tersebut, mereka melihat si ibu dikerumuni oleh dua orang warga asing. Rupa-rupanya mereka mencuba untuk menarik anak tersebut dari si ibu.
Mujur mereka sempat tiba sebelum kejadian yang tak diingini berlaku. Susulan dari itu mereka terus melaporkan kejadian itu pada pihak polis. Polis bertindak dengan cepat dan berjaya menahan dua wanita tersebut. Kepada ibu bapa, sentiasa berwaspada di mana pun kita berada.