"Histeria Dibuatnya Bila Ustaz Senyum" - Netizen Pening, Majlis Selawat Tapi Wanita Menjerit Macam Tengok Kpop

TERKINI
March 27, 2023 - 03:19 PM


Penyanyi dakwah terkenal Gus Azmi atau nama sebenarnya Muhammad Ulul Azmi Askandar al-Abshor adalah antara penyanyi muda yang semakin menempah nama di industri muzik nasyid di negara jiran kita Indonesia. Biarpun baru berumur 19, dia mampu menarik ramai anak muda untuk hadir ke majlis selawat dan acara agama.

Bukan sahaja mempunyai rupa paras yang menarik, suara merdunya menjadi tarikan utama anak-anak muda terutama sekali anak gadis. Ramai yang menaruh hati padanya. Viral di TikTok di suatu majlis selawat di mana Gus Azmi memuat penampilan, penonton wanita histeria melihat senyuman tipisnya.

@pejuang_senja9

Senyumnya tipis tapi membuat anak orang histeris😭

♬ suara asli - A

Akibat reaksi para penononton wanita itu, netizen meluah rasa keliru mereka tentang tujuan sebenar para wanita yang hadir pada majlis itu. Bagi netizen, reaksi itu agak keterlaluan dan tidak sopan. Apa-apa pun suara Gus Azmi memang mantap 

Destination: