"Seramnya Cara Dia Jalan!" - Gadis Tak Sedar Terakam Lembaga Jalan Bongkok

TERKINI
February 08, 2023 - 03:53 PM


Bila bercerita tentang suatu entiti, pasti terdapat pelbagai pendapat tentang kewujudannya. Ada yang percaya, ada juga yang menentang.

Sebuah klip video viral di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan remaja perempuan merakam lembaga aneh ketika berjalan pada waktu malam.

@witahrll Membalas @ahmad.luthfi4 guys ini vid aslinya ya, kalo disebelah di edit pake slowmo. kita bener bener ga ngeuh, jalan terus sesantai itu:) ya kan? @doubleU @semangatyu @Ratna Wulandari @meca ♬ suara asli - Wita Herlina

Berdasarkan rakaman tersebut, kumpulan remaja itu sedang menghantar seorang rakan yang bernama Caca. 

Mereka kemudian keluar dari sebuah bangunan dan berjalan melalui jalan yang sunyi. Walaupun ada lampu, keadaan jalan itu masih gelap sedikit. 

Tidak lama kemudian, kelihatan satu lembaga berpakaian putih berjalan dengan pantas dari arah bertentangan sebelum membongkok di tepi jalan. 

Bagaimanapun, mereka kelihatan tidak menyedari kewujudannya dan terus berjalan. 

Destination: