Ibu Panik, Bayi Ada Kesan Gigitan Di Pipi Dan Dipulas Telinga! Pengasuh Ditahan

TERKINI
October 04, 2022 - 12:05 PM


Seorang pengasuh wanita, 43 ditangkap bagi membantu siasatan kanak-kanak yang mempunyai kesan gigitan di pipi di Taman Putra, di sini Kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, aduan diterima daripada ibu mangsa selepas ambilnya dari rumah pengasuh tersebut Jumaat lepas.

“ibu mangsa menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan pada muka dan kesan pulasan pada kedua-dua telinga.

“Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk memaklumkan, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai enam anak asuhan berusia tiga bulan hingga dua tahun selain mempunyai anak kandung yang tinggal bersama iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 16 dan lapan tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kecederaan dialami mangsa dipercayai berpunca daripada anak asuhan yang lain menggigit muka bayi berkenaan ketika suspek keluar dari rumah.

Suspek direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001

Destination: