Imam Didakwa R*gol, Liw4t Adik Ipar Sejak Umur 9 Tahun

TERKINI
September 08, 2022 - 04:57 PM


Seorang kaitangan jabatan agama didakwa di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini atas 12 pertuduhan melakukan rogol, amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap adik iparnya, sejak lima tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 40 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Sabri Ismail dan Nariman Badruddin.

Mengikut enam pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang imam didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan sejak mangsa berusia sembilan tahun dua bulan sehingga 13 tahun 11 bulan.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan.

Tertuduh juga berdepan dengan empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK) dan dibaca bersama Seksyen 16(1) serta Seksyen 27(1) akta yang sama.

Sementara itu, mengikut dua lagi pertuduhan, bapa empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa persetujuan mangsa sama.

Kesemua perbuatan itu dilakukan tertuduh antara September 2017 sehingga 13 Jun 2022 di dua lokasi berbeza dalam daerah Jasin.

Destination: