Indeks Pencemaran Mencecah 190, Sekolah Diarah Tutup

TERKINI
September 10, 2019 - 02:05 PM


Sejumlah 409 buah sekolah telah diarahkan supaya ditutup di Sarawak disebabkan jerebu di sana. Sehingga jam 10 pagi tadi, sejumlah 347 buah sekolah rendah dan 62 buah sekolah rendah di sekitar Kuching, Lubok Antu, Padawan, Serian, Sri Man, Samarahan, Betong dan Bau telah diarahkan tutup.

Walaubagaimanapun, peperiksaan UPSR masih berjalan mengikut jadual.

Sebelum ini, jabatan pelajaran mengeluarkan arahan supaya sekolah yang berada di kawasan yang indeks pencemaran udara (API) yang melebihi 200 perlu ditutup secepat mungkin.

Selain itu, peperiksaan awam juga berkemungkinan ditunda sekiranya API ini melebihi 300.

Tengah hari tadi, kawasan di Sarawak semakin teruk dengan bacaan API tertinggi dicatatkan di Sri Aman dengan 190 dan menurut Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar berikut adalah kategorinya : Baik (0-50), Sederhana (51-100) , Tidak Sihat (101 – 200), Sangat Tidak SIhat (201 – 300), Berbahaya (301 ke atas).

 

 

Destination: