"Ingat Hilang Kena Culik, Rupanya..." - Nenek Ditelan Ular Sawa Ketika Menoreh

TERKINI
October 27, 2022 - 03:34 PM


Seorang wanita di wilayah Jambi, Indonesia disahkan maut ditelan seekor ular sawa selepas hilang ketika menoreh getah di ladangnya pada Ahad lepas, lapor laman Coconut News hari ini.

Mangsa, Jaharah, 54, dilaporkan hilang oleh suaminya apabila tidak pulang dari menoreh getah pada hujung minggu lalu.

Satu pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada polis tempatan dan penduduk kampung pada mulanya hanya menemui sandal, jaket dan pisau Jahrah di atas tanah ladangnya.

“Semasa operasi pencarian, pasukan itu menemui seekor ular sawa gergasi sepanjang tujuh meter yang disyaki telah menelan mangsa,” kata Ketua Polis Betara, Harefa.

Pihak itu kemudiannya menghiris perut ular sawa yang buncit itu dan menemui mayat Jahra yang tidak bernyawa di dalamnya.

“Mayat mangsa berada dalam keadaan sempurna apabila kami menemuinya di dalam ular itu, bermakna dia baru sahaja selesai ditelan oleh ular berkenaan,” jelas Harefa. 

Destination: