Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Elak Minum Kopi Kalau Perut Kosong

TERKINI
November 14, 2017 - 02:07 PM


Kalau dah namanya penggemar kopi, kalau tak dapat secawan, mesti tak tenteram. Nak kena jugak minum kopi sebelum mulakan hari korang.  

Sebenarnya, korang tak perlu nak rasa bersalah sangat kalau ada tabiat minum kopi ni. Sebabnya, kopi mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ialah mencegah penyakit Demensia.

Menurut laporan daripada Business Insider, walaupun bukan satu kesalahan untuk mulakan hari dengan secawan kopi tetapi, jangan ambil kalau perut korang tu kosong.

Sebabnya, kopi boleh bertindak terhadap system pencernaan kita selain ia melancarkan pengeluaran asid dari perut. Jadi, kalau korang jenis ada gastrik, pastikan isi perut dulu sebelum minum kopi. Asid, boleh merosakkan lapisan perut selain boleh sebabkan sakit kepala dan pedih ulu hati.

Jangan sangka kopi tanpa kafein tiada kesan ye.

Pengambilan kopi ketika perut kosong boleh membuatkan anda berasa resah, mengigil dan emosi yang tak menentu menurut Ketua Pegawai Perubatan PushDoctor.co.uk. Beliau menambah, sekiranya kopi diambil ketika perut kosong, ia boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan menyebabkan kita kurang memberi tumpuan.

Bertentangan dengan apa yang kita fikirkan tentang kopi, pengambilan kopi pada awal pagi sebenarnya menurunkan kadar cortisol dan boleh menyebabkan korang berasa mengantuk.

Menurut pakar diet, Leslie Langevin, kafein perlu dipadankan dengan sarapan atau snek bagi mengelakkan perut daripada meragam . Dan menurut satu kajian yang lain, sebaiknya ambil kopi selepas satu jam daripada bangun daripada tidur.

 

Sumber : astroawani