Inilah " Anak Ikan" Dato Vida Buat Natizen Pecah Ovari Serta Merta Dan Cik B Tidak Senang Duduk

TERKINI
October 18, 2017 - 03:37 AM


Baru-baru ini kecoh viral tentang pembantu sulit atau PA Dato Vida yang membuatkan para wanita di luar sana pecah ovari. Jejak tampan kelahiran Pasir Mas kelantan itu mula mendapat perhatian natizen apabila sering muncul bersama dengan Dato Seri Vida. 

 

Terdahulu sebuah akhbar tempatan melaporkan jejaka muda yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, tidak menolak andai dipertemukan jodoh dengan Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

 

Ahmad Iqbal bertugas sebagai pegawai media dan pembantu sulit Vida sejak Jun lalu dan sering dilihat menemani pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu sehingga mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan mereka.
 

 

Ketika timbul desas-desus mengaitkan seorang lelaki muda dengan Datuk Seri Hasmiza Othman, nampaknya anak perempuan jutawan kosmetik itu kurang senang dengan gosip tersebut.

 

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 12, memuatnaik paparan skrin gosip terbaharu itu di laman Instagramnya dengan kapsyen seolah-olah tidak merestui hubungan tersebut.

 

"Ehemmm ehemmm..... saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je," tulis Cik B.

 

@imcutewomanGo berkata;"@cikb_havoc66 orang sekarang ni biar tua kalau berduit pun diaorang sanggup, kena hati-hati Cik B, nasihat mama tu jangan mudah percaya laki muda macam tu je."

 

@imrxnlee berkata:"Hidup Cik B!!! Teruskan perjuanganmu."

 

 

Namun begitu DSV tampil menafikan jejaka tersebut adalah 'anak ikannya'.

 

"Tak. Dia hanyalah staf saya tidak lebih dari itu," katanya yang kini berada di Tanah Suci, Makkah untuk menunaikan umrah.

 

Pada masa sama, Vida tidak menolak andai dipertemukan semula jodoh tetapi mengimpikan seorang suami yang terbaik untuk dirinya dan juga anak-anak.

 

"Jodoh dan pertemuan di tangan Allah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak... seorang suami yang setia dan bukan mahukan wang ringgit saya. Saya mahu dia menyayangi saya seperti Rasullah menyayangi Siti Khadijah, jadi orang paling bahagia," katanya.

 

Jelas Vida, beliau terharu dengan tindakan Cik B yang dilihat mahu melindungi dirinya daripada terus menjadi mangsa seorang lelaki yang hanya inginkan kemewahan semata-mata.

 

"Cik B sebenarnya masih trauma. Dia lihat sendiri kisah perkahwinan saya tiga kali gagal depan mata. Semuanya nak duit sahaja," katanya.

 

Sumber: Mstar