Perang Datuk Vida Dan Aishah, Macam Gimik Nak Promote Lavida Coin Je…

VIRAL
August 29, 2018 - 11:49 AM


Datuk Seri Vida dengan tegas mengatakan yang dia tak akan gantikan barang kemas yang didakwa bernilai RM 80,000 yang dihadiahkan kepada Aishah ketika memenangi kejuaraan Gegar Vaganza tahun lepas dengan wang tunai mahupun barang kemas tulen.

Menurut laporan di mStar Online, Vida dengan tegas berkata Aishah tidak akan mendapat apa-apa kalau dia tak hendak tawaran Lavida Coin.

Tambah DSV lagi, hadiah rantai tersebut tidak perlu diganti kerana ia bukan hadiah utama dan dijanjikan semasa Gegar Vaganza, tetapi lebih kepada sumbangan ikhlas darinya kepada Aishah.

Dalam masa yang sama, DSV meminta pihak Astro menemukan dirinya dengan Aishah kerana rantai tersebut sebenarnya tidak ditawarkan kepada juara seperti yang di uar-uarkan selain mahu namanya dibersihkan.

Tambah Datuk Vida lagi, dia tidak akan memohon maaf kepada Aishah atas dakwaan menipu dan menegaskan barangan kemas yang dihadiahkan bukan tiruan. Datuk Seri Vida, dalam masa yang sama telah menawarkan Aishah sejumlah Lavida Coin sebagai gantian namun tidak mahu diterima oleh Aishah.

Aishah pernah menerima hadiah barang kemas didakwa bernilai RM 80,000 setelah bergelar juara Gegar Vaganza 2017 dan katanya ia ditaja oleh kedai emas milik Datuk Vida.

Bagaimanapun, Aishah terkejut apabila pemeriksaan di kedai emas lain baru-baru ini mendapati barang kemas itu palsu dan tidak mempunyai nilai.

Setahu Aj kan, emas putih memang tak ada secondhand value kan? Melainkan ada cert dan sebagainya, itupun harganya tak akan sama dengan waktu belian dan nilainya tak sama dengan emas betul.

Tapi, bila Aj stalk Facebook DSV kan, yang ada cumalah post berkaitan Lavida Coin. Terus macam terfikir, adakah ‘pertelingkahan’ dia dengan Aishah ni hanya gimik untuk promote Lavida coin, sama macam kes Ifa Raziah kena serang dengan Sheeda. Last-last gimik.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video