Inilah Carian Tertinggi Rakyat Malaysia Sepanjang 2017 Di Google

TERKINI
December 14, 2017 - 01:14 PM


Apa yang anda ‘Google’ pada tahun 2017?

Tak dapat dinafikan, kemudahan internet telah mengubah cara hidup kebanyakan orang di seluruh dunia, termasuklah di negara kita.

Kalau dulu, kita hanya bergantung kepada berita, akhbar mahupun buku untuk mendapatkan sebarang maklumat. Sejak adanya kemudahan internet dan beberapa enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain, segala maklumat dengan mudah boleh diperolehi.

Kita hampir ke penghujung tahun 2017 kan? Jadi kami cuba cari apakah ‘trend’ carian yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di Google.

Ini adalah hasilnya…

Ada beberapa kategori carian yang di sediakan oleh Google Trends, iaitu carian (secara keseluruhan), orang, berita, peranti, filem dan juga siri tempatan. Senarai ini diperoleh dari Google menerusi carian yang didapati bertambah dan dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Jika andanak tahu apakah trend carian di negara lain ataupun di dunia, anda boleh ke pautan : trends.google.com.my/trends/ dan pilihlah negara mana anda nak ketahui…

 

Sumber : Google