Inilah Harga Pelamin Viral Yuna dan Adam!!
TERKINISelepas gambar-gambat majlis pernikahan Yuna dan Adam jadi viral di media sosial, maka ramailah yang bertanyakan berapakah harga pelamin seperti Yuna. Jadi, wedding planner majlis pernikahan Yuna sendiri tampil memberi penjelasan.
Pengarah Kreatif, The Calla memberi tahu anggaran untuk menyiapkan pelamin pernikahan Yuna di Bentong, Pahang menelan kos sekitar RM 70, 000.
"Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.
"Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan," jelasnya kepada mStar.
Selain daripada wedding lain, ramai juga yang bertanya kepada Firdaus berapa anggaran kos untuk pelamin seperti Yuna.
"Tipulah kalau kami tidak ditanya tentang perkara yang sama, tapi pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit.
"Namun, kalau ada pihak lain nak tiru ia tidak jadi masalah," ujarnya.
Pelamin pernikahan Yuna mengambil masa selama 3 hari untuk disiapkan.
Sumber: Mstar