Instagram Perkenal Fungsi Paling Ditunggu Pengguna Pada Kemaskini Terbaru

VIRAL
May 23, 2018 - 03:36 PM


Kalau korang pengguna Instagram tegar, mungkin ada sesetengah akaun yang korang rasa menyampah, meluat dan sebagainya tapi taknak ‘unfollow’ sebab nanti dia terasa hati kan?

Akhirnya, korang dah tak payah risau pasal hal itu lagi. Fungsi yang paling ditunggu-tunggu ini telah diperkenalkan oleh Instagram dalam kemaskini mereka yang terbaru.

Kini, korang boleh ‘mute’ individu yang tak berkenaan tu daripada susur masa korang. Sama dengan fungsi yang ada di Facebook, Instagram Mute akan menghalang gambar daripada individu yang telah di’mute’ daripada muncul tanpa perlu ‘unfollow’.

Walau ada yang kurang bersetuju dengan tindakan Instagram tersebut kerana dikatakan agak keterlaluan namun, sesetengah netizen berkata bahawa fungi ini adalah sesuatu yang patut Instagram adakan sejak dulu.

Untuk me’mute’ kan seseorang, korang pegi ke profile dan cari tiga dot dan pilih untuk ‘mute’. Difahamkan, kemaskini fungsi ini dilakukan secara berperingkat dan pengguna dinasihatkan untuk sentiasa ‘alert’ dengan notifikasi untuk mengemaskini Instagram di telefon pintar masing-masing