Jalan Pintas Rawang Dibuka Rabu Ini Hanya Khabar Angin

TERKINI
November 13, 2017 - 05:02 PM


Warga Rawang baru nak bergembira dengan berita pembukaan Jalan Pintas Rawang namun segalanya hanyalah khabar angin.

Menurut laporan Utusan, JKR hari ini menafikan dakwaan yang kononnya bypass tersebut akan dirasmikan pada 15 November iaitu Rabu ini.

Sumber : FB JKR Malaysia

Menerusi akaun Facebook MyHuluselangor, mereka ada menyatakan yang bypass tersebut akan dibuka dan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya iaitu YB Dato’ Sri Haji Fadillah pada Rabu ini.

Namun begitu, pihak JKR menafikan bahawa adanya majlis yang dinyatakan oleh akaun Facebook tersebut. Pihaknya menambah, jika para pengguna ingin mendapatkan maklumat sahih, sila rujuk kepada sumber yang sahih. Setakat ini, saluran rasmi hanyalah mesia sosial JKR ataupun Kementerian Kerja Raya.

Dikatakan, bypass ini nanti akan memendekkan jarak perjalanan daripada utara ke Kuala Lumpur yang memakan masa 2 jam menggunakan jalan lama kepada hanya 30 minit.

Lebuh raya ini juga merupakan yang tertinggi di Malaysia. Reka bentuknya yang tinggi serta lencongan terpaksa dilakukan. Laluan sepanjang 23km ini menelan belanja hampir 200 juta.

Infografik JKR
Infografik JKR

Disebabkan pembinaannya dibuat merentasi Taman Warisan Selangor, tiang setinggi 60m perlu digunakan serta beberapa lencongan bagi meminimakan impak kerosakan pada ekosistem. Seta bagi menyelamatkan spesis pokik unik iaitu Giam Kanching yang hanya terdapat disini dari seluruh dunia.

 

Sumber : UtusanOnline | FB JKR Malaysia