Jangan Sangka Pengangkutan Awam Murah Di Destinasi – Destinasi Ini

TERKINI
June 13, 2019 - 05:52 PM


Hasil kajian survey daripada Deutsche Bank berkenaan taraf hidup di beberapa bandar dan negara telah dikumpulkan. Survey tahunan ini diadakan dalam pelbagai kategori dan salah satu daripadanya adalah analisis harga atau kos untuk menggunakan pengangkutan awam.

Analisis yang dilakukan ini melibatkan 55 buah bandar utama dan hasil kaji selidik terbaru ini mendapati kos pengangkutan di bandar-bandar utama lebih tinggi berbanding bandar kecil seperti Buenos Aires.

Walaupun begitu, daripada kajian ini juga mendapati majoriti daripada bandar yang mahal kos pengangkutan awamnya mempunyai jaringan pengangkutan yang bagus dan berkesan. Lebih 37% daripada kos berkenaan adalah menaiki keretapi seperti tube ataupun transit aliran ringan yang kebanyakannya di bandar.

Menurut kajian, kos tertinggi adalah di London dengan harga purata $179.4 untuk pas bulanan dan diikuti oleh Dublin sebagai bandar kedua dengan kos pengangkutan awam tertinggi dengan purata pas bulanan adalah $128.

Ketiga adalah Auckland, diikuti dengan bandar AS yang pertama iaitu New York. Purata harga untuk pas bulanan kenderaan awam di New York mencecah $121.

Berbalik kepada London, bandar ini juga didapati paling mahal untuk sewaan kereta iaitu $172, itu belum masuk dengan kos bayaran petak parkir yang sememangnya diketahui ramai adalah terhad dan mahal disana.

Dalam 12 bandar utama ini, hanya satu ‘wakil’ daripada Asia iaitu Tokyo yang berada di tempat ke-4 dengan purata $123.1 untuk pas bulanan mereka.

Di Malaysia, korang berhabis berapa sebulan untuk pengangkutan awam?