
Jerung Tanduk Dicuri Dari Akuarium San Antonio Menggunakan Kereta Sorong Bayi
VIRALSekumpulan pencuri mencuri tumpuan dunia apabila mencuri seekor ikan jerung tanduk di salah sebuah tempat tumpuan pengunjung di Akuarium San Antonio, sebuah akuarium awam di Texas hujung minggu lalu.
Menurut rakaman CCTV, kegiatan tersebut dilakukan oleh 2 orang lelaki dan seorang wanita. Mereka didapati menangkap sebelum mengangkat keluar jerung bersaiz 16 inci tersebut sebelum membungkusnya dalam selimut dan diletakkan dalam sebuah baldi yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi.
Walaupun pada waktu kejadian, kakitangan akuarium berkenaan sedar tentang kejadian tersebut namun tidak sempat untuk menghalang kumpulan terbabit.
Menurut laporan, salah seorang pencuri berkenaan mempunyai pengetahuan yang luas tentang jerung terbabit. Ini berdasarkan perancangan dan cara mereka melakukan ‘kerja’ terbabit.
Kehadiran seekor jerung tanduk, bernama Helen yang bernilai kira-kira ASD2,000 itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai di Akuarium San Antonio.
Atas kecekapan pihak berkuasa, tiga pencuri berkenaan telah berjaya ditangkap pada pagi Isnin menurut posting Facebook San Antonio Aquarium.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video