Jewel Changi Bocor Lagi? Kejadian Kedua Dalam Sebulan

TERKINI
April 29, 2019 - 12:40 PM


Berita buruk buat Singapura apabila tarikan terbaru di Lapangan Terbang Changi, Jewel yang mempunyai ‘rain vortex’ ataupun air terjun indoor terbesar di dunia mengalami masalah dengan saliran dan ianya adalah kejadian kedua dalam sebulan.

Menurut satu status yang dimuat naik ke laman Facebook oleh Loh Boon Kwang, kompleks gaya hidup terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura tersebut mempunyai masalah dengan saliran dan ia menyebabkan sebahagian daripada pusat beli belah berkenaan dilanda ‘hujan’ dan ‘banjir’ di beberapa tempat.

Menurut kapsyen pada Jumaat lalu berbunyi “hujan lebat di Changi, waterfall sampai di mall”. Menerusi dua video yang dimuatnaik pengguna berkenaan, air didapati memancut dari syiling mall berkenaan manakala video kedua menunjukkan berlaku takungan air di beberapa kawasan di dalam mall berkenaan.

kredit foto : Mothership

Ini bukanlah kali pertama kejadian ini berlaku kerana sehari sebelum perasmian, ada video yang tersebar menunjukkan sistem pancuran di mall berkenaan mengeluarkan air.

Persoalan, adakah ini masalah teknikal atau Singapura terlalu ‘cepat’ untuk membuka Jewel kepada orang ramai?

PILIHAN EDITOR
Jewel Changi Airport – Tarikan Terbaru Lapangan Terbang Changi, Singapura

The Rain Vortex Singapura Air Terjun Buatan Tertinggi Di Dunia​

Apa Anda Boleh Buat Untuk 3 Hari 2 Malam di Sentosa Island Singapura​