Jihan Selamat Lahirkan Baby Boy Secara Pembedahan

VIRAL
January 26, 2018 - 04:43 PM


SETELAH sembilan tahun bercinta dan hampir dua tahun melayari bahtera rumah tangga, akhirnya pasangan pelakon Jihan Muse dan Ungku Hariz selamat menimang cahaya mata lelaki mereka semalam.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 35, telah selamat melahirkan anaknya itu di DEMC Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 10.15 malam Khamis secara pembedahan.

Bayi lelaki itu dikatakan seberat 3.85 kilogram dan kini Jihan bersama bayinya sedang berehat.

Menurut kenyataan daripada syarikat pengurusan Jihan, iatiu Laugh Out Loud Entertainment memaklumkan bahawa pengacara Gegar Vaganza itu akan berehat selama hampir dua bulan daripada sebarang aktiviti seni untuk memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada keluarga baharunya.

“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” dipetik daripada kenyataan media yang disiarkan menerusi akaun Instagram MeleTOP.

Seperti yang sedia maklum, Jihan dan Hariz telah terlibat dalam pembikinan rancangan Hi Mommy Jihan! yang merupakan sebuah blog video(vlog).

Vlog itu telah menyaksikan kehidupan seharian Jihan dan Hariz sepanjang tempoh persediaan mereka menjadi ibubapa.

Sambungan lanjutan perjalanan kehamilan Jihan akan berterusan sehingga tempoh dia bersalin yang mana ianya dirakam sendiri oleh mereka berdua.

Setiap Khamis dan Jumaat. mereka akan memuat naik vlog itu yang merupakan tajaan daripada Anmum Materna dan Thermos di laman YouTube MeleTOP pada pukul 9 malam.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Jihan dan Hariz diatas kurniaan bayi lelaki yang digelar sebagai #BabyNinja itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video