Jual Kereta Secara Sambung Bayar Boleh Kena Tindakan

TERKINI
November 17, 2017 - 11:36 AM


Pajak kereta atau menjual kereta secara sambung bayar tanpa pengetahuan pihak bank adalah salah dan melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967 dan boleh dikenakan tindakan.

Jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat oleh KDN bertarikh 15 November lalu berkata perbuatan itu meimbulkan banyak masalah yang menyebabkan penama kenderaan disenarai hitam oleh pihak bank.

Dalam surat berkenaan, pihak kementerian sedar akan kewujudan kes sedemikian sebagai penyelesaian kepada pemilik yang tidak mampu untuk meneruskan bayaran ansuran kepada pihak bank. Sama juga dengan tindakan pemilik yang memajakkan kereta kepada syarikat tertentu untuk mendapatkan pulangan wang.

Masalah mula berlaku apabila kereta yang dijual secara sambung bayar ini tidak membayar kepada pihak bank.

Menurut kementerian lagi, skim penipuan sambung bayar kenderaan ini tidak boleh dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana perbuatan itu tidak memenuhi elemen kesalahan mencuri. Namun, sekiranya wujud unsur penipuan, siasatan polis boleh dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atau akta lain.

 

Sumber : Bernama