Takde Masa Nak Tukar Duit Raya Kat Bank? Jangan Risau Sekarang Dah Ada Khidmat "Runner Duit Raya"!

TERKINI
April 13, 2023 - 01:41 PM


Apabila dah nak menghampiri bulan Syawal maka mulalah orang ramai berpusu-pusu mahu menukar wang untuk diberikan kepada sanak saudara sebagai duit raya.

Ramai yang sanggup beratur panjang di bank semata-mata untuk menukar duit kecil bagi dimasukkan ke dalam sampul Raya pada hari lebaran nanti.

Ada juga yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat menukar duit di bank.

Tetapi jangan risau, rupa-rupanya ada juga individu yang menawarkan khidmat menukarkan wang besar di bank untuk dijadikan duti raya.

Antara yang membuat perkhidmatan tersebut adalah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Eja Izuaf.

Proses penukaran duit ini mengambil masa selama empat sehingga lima jam dan Eja mengambil upah sekitar RM5 untuk setiap RM100 yang ditukar.

“Waktu menunggu di bank empat sehingga lima jam ya untuk penukaran, upah RM5 setiap RM100 wang yang ditukar untuk cas waktu menunggu saya di bank,” katanya.

Eja turut memberitahu akan mendahulukan individu yang membuat bayaran penuh sehingga habis stok.

Khidmat ini sangat sesuai buat orang ramai yang mempunyai masa lapang malah dapat menambah duit poket menuju ke Hari Raya Aidilfitri.

Selain Eja, ramai juga individu lain yang turut menawarkan khidmat sama iaitu sebagai 'Runner' duit raya di Facebook.

Destination: