Justin Bieber Kata Batal Konset Jelajah, Pihak Penganjur Kata Berjalan Seperti Dijadualkan! Mana Satu Yang Betul?

TERKINI
September 07, 2022 - 01:07 PM


Penyanyi pop terkenal dunia Justin Bieber baru sahaja mengumumkan di Instagram bahawa dia akan berehat dari Justice World Tour yang dijadualkan semula kerana masalah kesihatan mental dan fizikal.

Pada Jun 2022, Bieber berkongsi dengan peminatnya bahawa dia menghidapi Sindrom Ramsay Hunt yang melumpuhkan separuh mukanya. Dia terpaksa membatalkan beberapa persembahan Justice World Tour di Amerika Utara dan meminta maaf kepada peminatnya.

Ketika dia berjaya pulih buat seketika dan menyambung semula World Tour berkenaan di Eropah, penyanyi itu menjelaskan bahawa keletihan menyelubungi dirinya selepas melakukan enam persembahan secara langsung di Rock di Rio, Brazil pada hujung minggu lalu.

Namun, atas nasihat doktor beliau terpaksa berehat demi kesihatan diri. Setakat ini pihak penganjur belum beri kata putus tentang pembatalan konsert Justin Bieber di Malaysia. Jadi kita nantikan keputusannya.

Destination: