
Kapal Persiaran Mewah Equanimity Ditukar Nama Kepada Tranquility
VIRALKapal persiaran mewah, Equanimity yang dahulunya dipercayai dimiliki oleh ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini mempunyai nama baharu iaitu Tranquility.
Memetik laporan Coconuts KL pada 30 April, penukaran nama itu dikesan oleh laman sesawang Marine Traic yang mendapati sistem pengecaman automatik (AIS) telah mengenal pasti nama baharu kapal tersebut.
Nama Tranquility telah digunakan apabila kapal berkenaan menghantar transmisi automatik kepada transponder kapal-kapal lain.
Harga Equanimity yang dirampas oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dianggarkan bernilai AS$250 juta.
Genting Malaysia yang merupakan anak syarikat Genting Group membeli kapal persiaran mewah tersebut untuk menarik pelanggan-pelanggan kenamaan (VIP).
Kapal tersebut pernah digunakan oleh Jho Low untuk berparti dengan bintang-bintang Hollywood seperti Leonardo di Caprio, Tobey Maguire dan Miranda Kerr.
Walaupun nama bertukar daripada Equanimity kepada Tranquility, terjemahannya dalam bahasa Melayu tetap mempunyai maksud yang sama iaitu 'ketenangan'