Karaoke Punya Pasal, Mak Ayah Tak Sedar Anak Yang Ditinggal Bersendirian Jatuh Dari Tingkat Tiga Hotel
TERKINISeorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Jalan Jenderal Sudirman, Riau. Ketua Polis Bukitraya, Syafnil berkata, ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian di dalam bilik hotel tersebut kerana ibu bapanya sedang berkaraoke di tingkat bawah bangunan.
“Kita dapati mangsa tinggal seorang diri pada awal pagi sebelum jatuh melalui tingkap pada waktu subuh.
“Ibu bapa kanak-kanak itu yang berasal dari Lampung mengaku mereka pergi berkaraoke pada waktu itu,” katanya lapor Kompas.com.
Mangsa merupakan anak kepada pasangan Muhammad Rizky Ravaneli, 22, dan Okta Reviani Heni, 23. Menurut Syafnil, kejadian disedari oleh pengawal keselamatan dan pengurus hotel tersebut.
Katanya, ketika kejadian, saksi terdengar seperti bunyi jatuh dari laluan masuk hotel sebelum mendapati mangsa terbaring atas lantai dengan berlumuran darah.
“Selepas itu, saksi pergi ke sebuah bilik di tingkat tiga, namun ibu bapa mangsa tiada di dalam bilik.
“Saksi kemudian turun semula ke bawah dan memberitahu ibu bapa mangsa anaknya jatuh dari tingkap bilik dan dibawa ke hospital,” katanya.