"Keluar Baby Apa?" - Lucinta Luna Nak Anak Dengan Bakal Suami

TERKINI
August 02, 2023 - 12:13 PM


Beberapa hari lepas, selebriti transgender sensasi Indonesia iaitu Lucinta Luna memuat naik gambarnya bertunang dengan mat saleh di Instagram miliknya dan mencetuskan banyak tanda tanya dalam kalangan warganet.

Namun selepas beberapa hari bertunang, Lucinta memuat naik video meluahkan hasratnya mahu menimang cahaya mata bersama tunangnya itu. Dapat dilihat dalam video tersebut, Lucinta membuat aksi kepada tunangnya perut ibu mengandung, seakan-akan nak memberi hint.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet berasa lucu dengan permintaan ‘lelaki’ tersebut, bahkan mendakwa wajah tunang Lucinta berubah menjadi stress selepas saja dia memberi hint mahu anak sendiri. 

Lucinta membalas komen-komen dengan sinis yang dilontarkan kepadanya dengan mengatakan dia dapat rasa perutnya seperti ada yang menendang walaupun baru lima hari bertunang.

"Kamu harus menjaga aurat kamu sebagai lelaki yang bermula dari pusat sehingga lutut" komen sinis yang ditulis DewiReza di dalam video berkenaan.

"Semoga anaknya berbakti kepada bapak dan ayahnya" kata Maulana yang buat ramai orang geli hati.

Dalam pada masa yang sama, ramai juga merasakan selebriti Indonesia itu lupa yang dirinya merupakan seorang wanita palsu.

Terdahulu, Lucinta Luna atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah telah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Arten Boltien yang berasal dari Ukraine.

Majlis pertunangannya diadakan di Pullman Bali yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat sahaja. Menerusi perkongsiannya di Instagram, majlis tersebut nampak sangat meriah dengan dekorasi serta pakaian Lucinta sendiri.