Kenapa Penamat Filem The Avengers Infinity War Tergantung? Jom Baca Penerangan Dari Brader ni!

TERKINI
April 27, 2018 - 03:28 PM


Ramai yang tak puas hati tentang ending filem blockbuster ni kan? termasuklah admin sendiri. Gigih tunggu after kredit sebab nak tau ending macam mana. Tapi ternyata ianya mengecewakan. Terlampau banyak persoalan yang bermain di fikiran setelah tengok bahagian akhir cerita ini. 

Jom kita ikuti penerangan yang mungkin kita boleh kaitkan dengan babak pengakhiran sebegitu. Penerangan ini dari brader Ferhem Fareq yang merupakan salah seorang peminat tegar Avengers. 

Infinity War: Penerangan bagi yang tak faham dan blur selepas keluar pawagam.
[POST NI ADA BANYAK SPOILER]
.
.
.
.
.
.
.
Buat siapa yang tak faham dengan ending cerita atau beberapa babak dalam cerita, aku nak explain sedikit perkongsian setelah aku hadam script dan tonton filem ini sebanyak 5 kali.

1. THANOS

Thanos sebenarnya umpama Joker, Joker jahat bukan sebab nak kaya atau nak duit. Begitu juga Thanos, thanos jahat bukan sebab nak semua sujud sembah kat dia atau nak jadi tuhan atau nak menakluki semua planet, dia cuma nak 'balance'kan kehidupan dengan sumber mineral. Script ni dihuraikan semasa Thanos sampai kat planet Titan, dan terus berbual dengan Dr. Strange. Kita tahu, kelahiran makin bertambah, populasi makin meningkat, akan tetapi sumber mineral, sumber asli dan sumber makanan makin berkurang, sekiranya ini berlarutan, maka setiap makhluk seperti manusia akan pupus begitu sahaja mati kelaparan dek kerana ketandusan sumber alam semula jadi. Itu yang Thanos dah nampak, then dengan cara nak stabilkan balik antara sumber mineral dengan kehidupan makhluk, maka Thanos akan bunuh SEPARUH makhluk dari planet tersebut. Dia takkan pilih kasih, dia akan bunuh random. Buktinya jelas apabila flashback Gamora semasa waktu die kecil, kalau perasan, rakyat puak Gamora dibahagikan dua side, kiri dan kanan, kalau perasan, masa Gamora kecik leka bermain pisau hadiah thanos tu, askar Thanos hanya tembak sebelah kiri rakyat gamora. Sebelah kanan dibiarkan hidup. Perkara ini dibuktikan lagi apabila script perbualan antara Thanos dan Gamora di depan kerusi Thanos, Thanos ada cakap yang selepas dia bunuh separuh rakyat gamora, budak2 yang baru lahir lepas tu hidup aman damai dapat makanan yang cukup. Kalau sebelum thanos bunuh separuh rakyat gamora, budak2 yang lahir ketandusan makanan, terpaksa menyelinap di lubang2 untuk mencari makanan, termasuk Gamora kecil sendiri. Selepas bertahun2 thanos membunuh separuh makluk di planet2 seperti puak gamora, puak drax, thanos dah tak sanggup nak tengok pendarahan, mayat bertebiaran hasil dari suruhan die terhadap askar2 die untuk tembak makluk2 tersebut, akhirnya dia ingin mencari 6 infinity stones dan apabila jumpa kesemuanya, hanya dengan petikan jari sahaja separuh makhluk atas planet tersebut bertukar jadi debu. Makna kata, tiada lagi pendarahan, mayat tebiaran, tembak di kepala semua. Makluk hanya ghaib menjadi debu. DAN ITULAH YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI "BELAS KASIHAN" SEMASA PERBUALAN THANOS DAN GAMORA. Sebab apa? sebab die tak perlu lagi suruh askar die untuk tembak separuh makluk2 tersebut, sebab dia tak sanggup tengok, sebab dia KASIHAN. Prinsip Thanos tu betul, tapi cara dia kejam dan teramat jahat, kerana untuk mendapatkan 6 infinity stones, dia akan bunuh siapa sahaja yang cuba halang dia untuk dapatkan infinity stones seperti Loki, Gamora, Collector, Xandar, Vision.

2. DR STRANGE

Yes, filem ni memang ending die tergantung. Tapi sebenarnya kalau follow d23 Disney, Kevin Feige dah penah cakap Infinity War akan ada 2 parts. Umpama Harry Potter Deathly Hallows Part 1 & Part 2. Tapi walaupon ending filem sebegitu, filem ini memberi hint yang sangat memerlukan kita untuk berfikir sebenarnya selepas keluar pawagam. Perasan tak semasa perbincangan planning antara Iron Man, Star Lord, Spider Man, Drax and Mantis, masa tu Dr strange tak join perbincangan tu tapi die bertapa di sesebuah batu. Dalam script ada cakap, die bertapa untuk melihat masa depan apa yang akan terjadi. Semasa dia melihat masa depan tu, dia dah cuba sebanyak 14 juta kali cubaan untuk cari jalan untuk bunuh thanos dengan melihat masa depan, bila iron man tanya, berapa jalan die jumpa untuk bunuh thanos, dr strange menjawab hanya SATU jalan iaitu satu cara. Then kalau perasan sebelum Dr Strange ghaib menjadi debu, die sempat cakap kat iron man, "There's no other way" then terus die lenyap. Aku dapat bayangkan yang sebenarnya Dr Strange nak cakap "There's no other way, EXCEPT THIS" Tapi perkataan "except this" tu tak sempat keluar dari mulut Dr Strange sebab dia dah ghaib jadi debu. Makna kata sebenarnya inilah SATU cara yang pernah dr Strange bagi tahu untuk bunuh thanos masa die bertapa tu, iaitu dengan membiarkan Thanos mendapat kesemua infinity stones dan sempat memetik jari dari Gauntlet tersebut. Kalau perasan, Dr Strange rilex je serah Time Stone pada Thanos. Thanos siap perli lagi, "No Tricks?" Dr strange hanya geleng kepala. Umpama Dr Strange macam dah nampak masa depan cara untuk bunuh Thanos, dan semestinya ada TRICKS yang Thanos terkena dengan Dr Strange. Sedangkan dr strange dah berjanji sekiranya diberi pilihan sama ada iron man, spider man dan time stone, dr strange akan pilih time stone. Tapi kenapa dr strange pilih iron man last sekali dan serahkan time stone? Mesti ada sebab. So kita tak tahu apakah cara yang dr strange fikirkan? Apa akan jadi selepas separuh Avenger mati? Itulah yang sepatutnya buat kita berfikir selepas keluar pawagam. Dan of course makin ramai lah keluar theory masing2 dan upload di youtube. Sebab die nak bagi hype pulak untuk filem Infinity Wars Part 2. Itulah strategy pemasaran Disney dan Marvel. Dan kalau perasan, Benedict Wong memilih untuk tinggal di Sanctum Sanctorum dari berjuang bersama Avengers utk fight Thanos. Mesti ada sebab kenapa Wong pilih utk stay kat situ.

3. RED SKULL (HYDRA)

Buat siapa yang tak tahu, Red Skull sebenarnya adalah pengasas hydra masa filem Captain America: The First Avenger. Tapi masa ending filem tu, Red Skull sebenarnya tak mati. Dia hanya pergi ke sesuatu kawasan yang kita tak tahu, sebab die terperangkap dengan kuasa teserract (Space stone) dan terus membawa dia ke sesuatu kawasan yang kita tak tahu. Tapi bila filem Infinity Wars keluar, baru kita tahu sebenarnya Red Skull terperangkap dalam planet Volmir iaitu lokasi Soul Stone. Kalau perasan, semasa perbualan antara Red Skull dengan Thanos di planet Volmir, Red Skull ada cakap yang die sebenarnya lagi awal cari Infinity Stones dari Thanos. Thats why masa ending filem Captain America: The First Avengers, die terperangkap tu sebenarnya dia memang nak pergi ke lokasi soul stone iaitu di volmir sebab dia tahu dulu kat mana soul stone ada. Cuma waktu tu, teserract (space stone) tertinggal di bumi dan tak ikut sekali ke volmir bersama red skull, membuatkan die terperangkap kat planet volmir bertahun2 lamanya. Thats why kita tak jumpa dia lansung kt filem2 MCU sebelum ni. Then dia ada cakap, kalau nak dapatkan soul stone, mesti kene sacrifice orang yang kita sayang. Red skull gagal mendapatkan soul stone sebab die terperangkap dalam planet volmir tu keseorangan dan tiada siapa yang dia nak korbankan untuk mendapatkan soul stone. Kebetulan time tu pulak Thanos datang dengan Gamora, so memang Gamora sahajalah yang akan jadi mangsa korban untuk dapatkan Soul Stone. "A Soul for a soul" Ternyata teori-teori yang mengatakan kononnya soul stone ada di wakanda, dalam mjolnir (hammer Thor), kat heimdall, kat captain america, kat loki ADALAH SALAH BELAKA. Sebenarnya inilah hype yang Disney n Marvel nak, dia nak orang buat teori banyak2 then semua teori tu salah. Mungkin ada satu betul tapi mereka lebih tahu. Tu sebab dia buat hype gila2 kt Avenger Inifinity Wars Part 2 filem tergantung, sebab dia nak kan teori2 kita semua selepas Dr Strange buat macam tu.

4. EITRI

Eitri adalah pembuat senjata2 power di angkasa termasuk hammer thor, pedang loki, gauntlet thanos dan lain2. Kenapa thanos hanya biarkan seorang dwarf hidup di planet Nidavellir, sebab kalau kita perasan, lepas je thanos petik jari semasa di bumi, gauntlet tu hancur, dan masa dalam flash memory die jumpa gamora balik waktu kecik, gauntlet tu dah takda kat tangan dia. Dan mungkin Thanos akan kembali ke Nidavellir untuk mencari Eitri untuk menghasilkan semula Gauntlet tersebut.

5. CAPTAIN MARVEL

Filem captain marvel akan dilakukan pada era 1990, iaitu patah balik masa. Masa itu kita akan jumpa balik Ejen Coulson yang sudah mati dalam Avengers 1. Sebab nama dia dah tersenarai dalam pelakon2 untuk filem captain marvel. Dan kemungkinan besar Dr strange akan patah balik masa ke era 1990 dengan tricks yang dah dilakukan kepada Thanos. Dan kemungkinan besar juga Captain Marvel yang akan lawan thanos. Sebab kita sedia tahu Captain Marvel adalah Avengers yang paling kuat, lagi kuat dari Thor. Mungkin satu cara yang dr Strange maksudkan sebelum ini adalah Captain Marvel yang bunuh Thanos. Sama2 kita nantikan.

6. HULK

Kenapa hulk tak keluar? Padahal dalam trailer plg hype siap ada hulk berlari dgn avengers kt wakanda. Tapi last2 scene tu takde pon. Sebabnya hulk ni sifat die kebudak budakan. Dia umpama bayi yang baru lahir tengok dunia. Kita tahu sifat budak2 ni kuat merajuk. Ini dibuktikan lagi apabila dalam filem Thor Ragnarok, hulk obviously bersifat kebudak budakan. So pada awal filem, thanos dah lawan hulk dan hulk tewas di tangan thanos. Dan mungkin itu sebab kenapa hulk taknak keluar lagi. Dia merajuk atau kecewa selepas kekalahan dengan thanos pada awal filem.

Sekian sahaja picisan kajian daripada saya untuk filem Avenger Infinity War. Harap dapat memberi penerangan kepada semua. Maaf sekiranya ada kesilapan pemahaman dalam penulisan ini. Boleh betulkan di ruangan komen. Terima kasih

-KeN