Kenyataan Rasmi Pihak Polis Tentang Dakwaan Sindiket Penculikan Di Genting

TERKINI
September 20, 2022 - 12:32 PM


Baru-baru ini viral di platform TikTok, di mana satu perkongsian oleh pemilik akaun TikTok @alfitry_azmi52 menceritakan pengalamannya bagaimana seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik oleh warganegara asing di Genting Highlands.

Perkongsian itu ternyata mendapat reaksi luas dari netizen yang menyatakan kerisauan mereka tentang keselamatan pengunjung semasa berada di sana.

Polis Bentong telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai dakwaan tersebut.

.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, YDH Supt. Zaiham Mohd Kahar, pihak keselamatan Genting Hinglands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular itu.

“Setakat ini pihak polis daerah Bentong tidak menerima sebarang laporan daripada pihak yang terlibat. Walaubagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut,” kata Zaiham lagi.

Beliau juga memohon kerjasama kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Destination: