
Kerosakan Teknikal Sebabkan Penumpang Roller Coaster Tergantung DI Universal Studios
VIRALMenaiki Roller Coaster adalah salah satu perkara yang menimbulkan adrenalin rush dan juga memberikan satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Kepada ‘thrillseekers’, menaiki roller coaster adalah perkara wajib untuk mereka lakukan jika ke taman tema.
Namun, para peminat roller coaster di Jepun berdepan detik-detik cemas semalam apabila Flying Dinasour di Universal Studios Japan terhenti pada ketinggian 100 kaki di landasan permainan tersebut.
Tidak cukup dengan terhenti, , gerabak mereka dikatakan berhenti ketika permainan tersebut membuat pusingan. Jadi, kesemua daripada mereka tergantung secara terbalik hampir dua jam.
Menurut laporan The Japan Times, kejadian di Universal Studios itu bukanlah sesuatu yang kerap namun akui ianya bukan insiden pertama kerana tahun lepas terdapat dua masalah yang sama berlaku disana.
Para petugas di taman tema tersebut berjaya mengeluarkan kesemua 60 orang yang sedang menaiki roller coaster tersebut sewaktu kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.
Tarikan tersebut dibuka semula jam 7 malam. Walaupun terdapat beberapa pengunjung yang mengelak untuk menaikinya tetapi dikatakan masih terdapat orang ramai beratur untuk menaiki roller coaster tersebut
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video