Kes Culik Agen Kosmetik, Mangsa Mungkin Sudah Dilarikan Jauh Ke Bangkok Atau Sempadan Myanmar

TERKINI
September 19, 2022 - 01:06 PM


Netizen masih tertunggu-tunggu berita terikini mengenai kes penculikan agen kosemtik yang menggemparkan negara baru-baru ini. Kes tersebut berlaku di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu.

Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam hari yang sama di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor.

@nieyssaanieyssa_ Semoga dipermudahkan segala urusan pencarian #agentkosmetik #agentkosmetikviral #kesculik ♬ bunyi asal - NieyssaAnieyssa - nieyssa_anieyssa🗿

Pihak berkuasa Thailand giat meneruskan operasi mengesan seorang ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke negara jiran.

Menurut sumber pihak berkuasa Thailand, pencarian dibuat di banyak premis termasuk semua resort di Narathiwat yang dikenal pasti dijadikan tempat persembunyian.

“Sejak hari pertama kehilangan mangsa lagi kami menjalankan operasi mengesan selama 24 jam namun setakat ini pencarian masih belum berhasil.

“Serbuan sudah dibuat di semua premis yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian termasuk chalet dan resort di sekitar Narathiwat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber memberitahu ada kemungkinan mangsa sudah dibawa lebih jauh iaitu Bangkok atau sempadan Thailand-Myanmar.

Destination: