Kes Viral Cubaan Culik Anak Di Genting, Wanita Pakistan Didakwa
TERKINISeorang wanita warga Pakistan yang viral kerana dikatakan cuba menculik seorang kanak-kanak di Genting Highlands baru-baru ini dihadapkan di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini.
@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound - alfitryazmi52
Bagaimanapun tiada kertas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya berikutan dia tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta tiada jurubahasa yang fasih dalam dialek Pashto.
Tertuduh, Bibi Nasihat, 42, berasal dari Pakistan diwakili Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, S.Punitha memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan.
Bagaimanapun Amir Khusyairi memohon agar jumlah jaminan dikurangkan dengan hanya seorang penjamin memandangkan hanya terdapat seorang saudara tertuduh di negara ini yang telah mendapat taraf kewarganegaraan.
Katanya tertuduh yang mempunyai anak berusia 12 tahun itu baru kira-kira sebulan datang ke Malaysia kerana mengikut suaminya yang bekerja di sebuah kedai perabot dengan pendapatan kira-kira RM1,600 sebulan.