"Kesian Pulak, Mungkin Penat Sangat" - Netizen Risau, Polis Trafik Kelihatan Mengantuk Ketika Bertugas

TERKINI
February 16, 2023 - 11:46 AM


Viral satu klip video di laman sosial memaparkan seorang anggota trafik yang kelihatan mengantuk ketika sedang bertugas di tengah jalan raya.

@utusantvofficial Dia pun tahu penat juga 😁. 📍 Bulatan Uplands, #Kuching. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #polisngantuk ♬ original sound - UtusanTV

Dalam video itu, anggota berkenaan kelihatan terhuyung-hayang ketika berdiri di atas jalan raya, sekali gus menimbulkan kerisauan orang ramai.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.

"Pada 13 Februari dikesan satu rakaman video berdurasi 14 saat yang tular dimuat naik di laman Facebook yang memaparkan seorang anggota trafik kelihatan mengantuk ketika menjalankan tugas.

"Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari 2023 di Bulatan Uplands, Kuching dan melibatkan penugasan kawalan penarikan kesesakan lalu lintas.

"Pejabat ini akan meneliti keadaan kesihatan petugas berkenaan berkaitan untuk tindakan lanjut," ujarnya menerusi satu kenyataan.

 

Destination: