"King Cobra Bukan Lawanku!" - Berang Dipatuk, Kanak-kanak 8 Tahun Gigit Ular Tedung Sampai Mati

TERKINI
November 07, 2022 - 05:43 PM


Ular tedung antara spesisi reptilia yang digeruni. Tapi apa yang berlaku di India, pasti buat anda rasa tak masuk akal!

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dipatuk seekor ular, menggigit semula haiwan berkenaan sehingga mati di negeri Chhattisgarh di tengah India.

Budak lelaki yang hanya dikenali sebagai Deepak itu dipatuk ketika cuba melindungi dirinya daripada reptilia terbabit ketika bermain di rumahnya di Pandarpadh di daerah Jashpur.

“Bila ular itu belit tangan saya, saya dipatuk. Saya rasa sakit. Saya gigit ular itu dua kali lalu baling ular itu,” kata Deepak kepada pemberita awal minggu ini.

Keluarganya kemudian membawanya ke klinik kesihatan, lapor Agensi Anadolu memetik The New Indian Express.

“Dia segera diberikan racun antiular dan diletakkan dalam pengawasan sepanjang hari dan dibenarkan keluar,” kata pegawai kanan kesihatan daerah Jashpur, Dr Jems Minj.

Pegawai berkata budak lelaki itu hanya menerima gigitan kering dan ular itu tidak mengeluarkan sebarang racun, sekali gus menyelamatkan nyawanya.

Destination: