Kisah Petik Kobis Viral, Keluar Pulak Cerita Adib Ni Sebenarnya Scammer

TERKINI
December 27, 2017 - 11:26 AM


Semalam kami ada ceritakan pasal kisah Adib Zizan yang sebenarnya bercerita pasal seseorang yang ditemuinya mendapat bayaran 11 ribu dengan memetik kobis di Korea.

Hari ini, kecoh di group-group Backpackers dengan cerita sebenarnya Adib ini adalah seorang scammer.

Menurut posting di Facebook yang dikongsikan hampuir kesemua group percutian, difahamkan Adib adalah seorang backpackers yang merantau ke Australia dan dia susah nak bekerja di ladang-ladang disana.

Dengan sikapnya yang ‘acah-acah’ gangster, Adib juga dikatakan seroang yang panas baran. Sebab itulah dia tidak diterima untuk berkerja disana. Dalam masa yang sama, dia berniat yang ‘kononnya’ nak jadi ejen dan bantu budak-budak Malaysia yang nak cuba kerja disana.

Semua mangsa Adib ditawarkan pakej yang lumayan dan dijanjikan dengan pelbagai perkara yang orang kata janji manis lah. Hakikatnya, apabila tiba di Australia, mereka ditipu. Gaji yang diterima tidak seperti yang dijanjikan oleh Adib.

Akhirnya, ramai terkandas di Australia dan Adib dikatakan tidak membalas whatsapp dan menghilangkan diri.

Kita tunggu apa jawapan Adib nanti…

 

Sumber : Facebook

 

Destination: