Konsert Boyzone Berjaya Memukau Lebih 7,000 Penonton di Malaysia

TERKINI
August 25, 2018 - 08:46 PM


Kumpulan terkenal dari Ireland, Boyzone berjaya memukau lebih 7,000 penonton pada konsert siri jelajah dunia mereka berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Kumpulan dianggotai Ronan Keating, Mikey Graham, Shane Lynch, dan Keith Duffy mengadakan konsert itu bersempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-25.

Menurut Ronan, kerinduan mereka sekali gus terubat selepas kali terakhir bertandang ke sini pada tahun 1998.

Katanya Boyzone sentiasa ada ruang yang cukup istimewa buat peminat Asia dalam hati. Meskipun sudah 25 tahun ditubuhkan, sokongan yang kami terima masih berterusan.

Kami ingat lagi waktu mula-mula datang ke sini 20 tahun yang lalu. Bila sampai ke sini hari ini, kami masih berjumpa dengan muka-muka penyokong yang sama seperti awal dulu.

Di kesempatan itu, mereka juga sempat mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat kamu semua. 

Meskipun masing-masing sudah berumur, mereka masih tetap bertenaga dan aura penghibur tetap kuat.

Boyzone turut menyentuh perasaan ramai apabila sempat melakukan segmen penghormatan kepada anggota mereka mendiang Stephen Gately.

Stephen meninggal dunia pada 2009.

Kumpulan itu menyanyikan 18 lagu termasuklah Picture of You, Love is a Hurricane, Baby Can I Hold You, All That I Need, When the Going Gets Tough, You Needed Me, Gave It All Away, Every Day I Love You, dan I Love The Way You Love Me.

Tidak ketinggalan lagu Ruby, Isn’t It A Wonder, Father and Son, Because, Love Me For A Reason, No Matter What, Who We Are, A Different Beat dan Life Is a Rollercoaster.

Konsert berkenaan dianjurkan Star Planet.