Kecoh! Apa Yang Sebenarnya Berlaku Antara Khabib Nurmagomedov Dan Conor McGregor

TERKINI
October 08, 2018 - 05:22 PM


Media sosial dipenuhi dengan cerita Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor.

Siapa mereka? Dan kenapa panas betul hal mereka berdua hari ini? Baik, ini cerita ringkas mengenai mereka.

Conor McGregor ni seorang petarung UFC yang menganggap dirinya King. Dia berdendam dengan seorang petarung dari Rusia, Khabib yang juga beragama Islam.

Si Conor ini menyerang peribadi Khabib berbulan-bulan sudah. Menghina agama Islam, menghina Khabib dan keluarganya sebagai pengganas, menyerang bas yang dinaiki Khabib dan orang lain hingga mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Dendam ini berlarutan sehinggalah perlawanan mereka merebut tali pinggang UFC yang terulung pada hari semalam, 6 Oktober 2018. Petarungan antara dua petarung ini dikatakan bakal menjadi pertarungan yang terhebat dalam sejarah UFC.

Khabib memegang rekod kejuaraan 26-0. Sekali pun belum pernah kalah dan sudah lama menantikan perlawanan dengan Conor untuk membalas segala penghinaan terhadap agama Islam, dirinya dan keluarga.

Conor dengan biadab mengejek agama Islam, bahkan semasa sesi pertemuan sidang media, Conor menawarkan whiskey yang dikeluarkan syarikatnya sebagaj penghinaan. Jawapan Khabib memang win,

"Aku tidak minum dan tidak pernah minum. Apa kau sangka Whiskey itu dapat membantu (kemenangan) kepada kau?"

Dan akhirnya, semalam adalah hari penentuan. Pertarungan UFC229 yang ditunggu ramai peminat UFC. Satu pertarungan antara dua jaguh terhebat, satu pembalasan kepada penghinaan yang telah lama Conor McGregor lemparkan padanya.

Dan semalam, Khabib Nurmagomedov membuktikan beliau petarung terhebat dengan kemenangan 'won by submission' pada pusingan ke empat.

Mengaku kalah terus si Conor kena cekik dengan dengan Khabib. Padan muka! Si Khabib ni pernah berlatih bergusti dengan beruang. Ada videonya. Kau orang cari je kat YouTube.

Hal ini menjadi lebih kecoh bila Khabib melompat keluar dari kandang petarung untuk membelasah team Conor yang membuat provokasi dan menghina dirinya, keluarganya dan paling utama ialah menghina agamanya, Islam.

Khabib pernah berkata,

"Pada aku, agama adalah nombor satu. Sukan (UFC) bukan nombor satu."

Kemenangan Khabib menggegarkan seluruh dunia. Kerana pemilik UFC sendiri yakin Conor akan menjuarai pertarungan itu. Namun sebaliknya berlaku.

Ini memberi tamparan hebat pada penyokong Conor dan umat Islam seluruh dunia meraikan kemenangan Khabib Nurmagomedov ini.

Seorang petarung UFC yang kini memiliki rekod 27-0. Lebih penting, Khabib memenangi pertarungan ini untuk memuliakan Islam dan mengajar orang lain agar menghormati agama Islam.

Kalau lihat video Khabib sebelum perlawanan, mulut dia tak henti-henti sebut Alhamdulillah dan InsyaAllah. Tanpa gentar memuliakan agama sendiri walau tahu UFC itu dimonopoli oleh non Muslim.

Maka tidak hairanlah pertarungan ini menjadi bualan. Memang patut Khabib mendapat sokongan seluruh umat Islam termasuk netizen di Malaysia.

Semoga artikel ringkas ini mampu memberi faham kepada semua netizen yang tertanya-tanya siapa itu Khabib Nurmagomedov dan kenapa nama beliau kerap dikongsi ramai.

Disebabkan hal ini nampaknya Khabib dan rakan sepasukannya dijangkakan kehilangan kejuaraan yang dimenanginya sekiranya terbukti bersalah dan digantung oleh Suruhanjaya Altlet, dan proses untuk mendapatkan visa selepas ini mungkin menjadi sukar.