Korang Lahir Bulan Ogos? Taman Tema Genting SkyWorlds 'Hadiahkan' Tiket Percuma Untuk Korang!

TERKINI
August 10, 2022 - 12:25 PM


Wow, ini ada satu berita gembira untuk korang yang lahir pada bulan Ogos!

Bagi individu yang mempunyai tarikh lahir dari 1 hingga 31 Ogos -- korang berpeluang mendapatkan TIKET PERCUMA ke Taman Tema Genting SkyWorlds!

Menerusi pengumuman yang dibuat di laman web rasmi Resort World Genting, sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos boleh meraikannya dengan menebus tiket percuma sehari (1-Day Ticket) di kaunter tiket di Taman Tema Genting SkyWorlds.

Sepanjang tempoh dari  1 hingga 31 Ogos ini -- setiap hari pihak Taman Tema Genting SkyWorlds bakal memberikan tiket percuma tersebut kepada 57 'August Babies' yang bertuah.

Bagaimana cara untuk menebusnya? Berikut tips yang boleh korang ikuti.

CARA & TIPS TEBUS TIKET PERCUMA UNTUK 'AUGUST BABY'

1. Dekat Taman Tema Genting SkyWorlds ada 3 tempat kaunter tiket iaitu :

- Self-service kiosk

- Pahang counter

- Redemption counter

2. Bagi penebusan tiket percuma oleh individu yang lahir pada bulan Ogos, korang boleh pergi terus ke "Redemption Counter" yang terletak di sebelah kanan kerana di sebelah kiri adalah untuk 'Pahang Counter' bagi tiket diskaun bagi anak-anak kelahiran Negeri Pahang.

3. Disarankan untuk korang datang tebus tiket paling lewat adalah pada pukul 1 petang kerana kebiasaannya selepas pukul 1 petang tiket yang terhad untuk 57 orang sehari akan habis.

4. August Babies nanti tinggal tunjukkan kad pengenalan (MyKad) anda dan akan ada pekerja yang tolong isikan borang untuk penebusan tiket percuma itu.

5. Promosi ini hanya terhad kepada sekali penebusan bagi setiap MyKad / Pasport.

Sumber: Resort World Genting

 

 

Destination: