KPM Akan Siasat Isu Viral Murid Tahun 1 Dikurung Dalam Jeriji Besi

TERKINI
June 28, 2023 - 05:02 PM


Semalam, tular satu ciapan yang amat mengejutkan di Twitter. Seorang bapa mendakwa anaknya diasingkan dan dikurung di dalam ruang berjeriji besi. Ciapan tersebut mendapat respon yang meluas dari pelbagai pihak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan akan menyelidik dakwaan berhubung seorang murid darjah satu dikurung dalam sebuah ruang ditutupi jeriji besi di sebuah sekolah di Negeri Sembilan baru-baru ini.

"Saya akan semak dahulu," katanya memetik laporan FMT pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di laman Twitter, Azuan Abd Ghafr yang berkongsi tentang kejadian menimpa seorang murid berusia tujuh tahun di sekolah anaknya.

Berdasarkan gambar yang dikongsi di Twitter pada Selasa, turut kelihatan beberapa barangan pembersihan termasuk kotak elektrik (DB Box) diletakkan di dalam kawasan berkenaan.

 

Destination: