"Apa Anak Aku Buat Sampai Kena Kurung?" - Bapa Luah Tidak Puas Hati, Murid Darjah 1 Dikurung

TERKINI
June 27, 2023 - 05:01 PM


Ibu Bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah pasti bercampur-baur perasaanya. Ada yang berasa resah gelisah akan bagaimana anak mereka akan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Mana tidaknya, pertama kali anak-anak di bawah pengawasan guru-guru mereka.

Di platform Twitter, seorang bapa menciap satu pendedahan yang amat mengejutkan. Berdasarkan ciapannya yang menunjukkan tangkap layar perbualan di Whatsapp.

Bapa kepada pelajar darjah 1 tersebut mempersoal tindakan seorang guru yang tergamak untuk mengasingkan anaknya dan dikurung di dalam ruangan yang tidak selamat. Bahkan, dia berasa tindakan guru tersebut boleh merosakkan motivasi dan emosi anaknya yang baru memulakan persekolahan.

Setakat ini tiada maklumat terperinci tentang apa sebenarnya yang berlaku. Mohon pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan. 

Destination: