"Lain Macam Punya Doa, Dia Ajak Poligami Berjemaah!" - JAWI Tegur Imam Baca Doa Nak Bini Ramai

TERKINI
October 11, 2022 - 11:55 AM


Poligami dalam perkahwinan antara isu yang sering didebatkan. Banyak pendapat menyatakan bahawa tak ramai lelaki yang mampu untuk berpoligami, bahkan berlaku adil terhadap seorang isteri. 

Baru-baru ini, viral satu video memaparkan seorang individu dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang "bergurau" ketika membaca doa dalam majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.

Menerusi video yang dikongsi melalui Twitter @RajaMohdShahrim, dilihat seorang lelaki bersongkok berdoa secara berjemaah memohon agar diberikan rezeki yang mencurah untuk menambah lagi seorang isteri

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan dalam doanya memohon kepada Allah agar jabatan islam menjadi jabatan yang terbaik serta melahirkan suami yang paling ramai poligami pada jabatan tersebut.

Doa tersebut dilakukan secara berjemaan dan ternyata ia diaminkan oleh ramai individu hadir sehingga mengundang kritikan netizen. Susulan dari video viral tersebut, pihak JAWI telah menegur lelaki yang juga merupakan ketua imam.

Destination: