Langkawi Sendu Tanpa Pengunjung, Harga Cekik Darah Jadi Punca?
TERKINIPulau Langkawi antara destinasi percutian yang sebelum ini menjadi pilihan ramai pengunjung baik dari dalam dan luar negara. Adanya pantai-pantai yang indah, hotel yang menarik dan penuh dengan tarikan yang unik cukup sesuai untuk seisi keluarga.
Namun, kebelakangan ini jumlah pengunjung ke Langkawi semakin berkurangan dan tidak lagi menjadi pilihan khususnya di kalangan rakyat tempatan.
@khair.review Pantai Cenang dh jadi Pantai Lengang? #fyp #Langkawi #PantaiCenang ♬ original sound - Khair Aljufri
Menerusi perkongsian TikTok @Khair.review, lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai iaitu Pantai Cenang dilihat sangat berbeza dan jelas tanpa kehadiran pengunjung yang ramai.
Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kos untuk bercuti di Pulau Langkawi dikatakan lebih "keras" kalau nak dibandingkan dengan bercuti di Thailand. Dakwa netizen, kos yang dibayar untuk bercuti di Langkawi tidak berbaloi dengan servis yang mereka dapat. Hmmm berat ni...Ada cara tak nak naikkan balik Pulau Langkawi?