Lapangan Terbang Pulau Pangkor Dibuka Semula 1 Oktober Ini





Bermula 1 Oktober depan, Lapangan Terbang Pulau Pangkor bakal beroperasi semula setelah ia ditutup sementara sejak Februari 2014.

Dengan adanya landasan kapal terbang sepanjang 732 meter itu, aktiviti pelancongan di Pulau Pangkor dijangka lebih rancak, lebih-lebih lagi apabila pulau berkenaan bakal memulakan pelaksanaan sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 2020.

Pulau Pangkor telah memiliki lapangan terbang tersebut sejak tahun 1993 lagi dan untuk operasi terbaharu ini sebuah syarikat penerbangan, SKS Airways Sdn Bhd akan menerbangkan pesawatnya dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Pulau Pangkor.

SKS bakal menggunakan pesawat model 'Twin Otter' yang boleh membawa 19 penumpang dan laluan itu akan beroperasi setiap hari dengan satu kali perjalanan pergi-balik.

Selain Pulau Pangkor, syarikat penerbangan berkenaan juga bakal membuka laluan baharu iaitu Subang-Ipoh yang akan beroperasi dua kali perjalanan pergi-balik pada setiap hari, juga mulai 1 Oktober ini.

Sumber: Sinar Harian

 

Baca ini: 4 ‘Pulau Bebas Cukai’ Di Malaysia Untuk Kaki Shopping

Baca juga: Eloklah Baca Tip Ini Kalau Korang Nak Bercuti di Pulau-Pulau Malaysia

Baca: Senarai 31 Pulau-Pulau Cantik Untuk Dilawati di Malaysia