Lelaki Belasah Bini Dengan Topi Keledar Hanya Kerana Isteri Mahu Bekerja Akhirnya Dicekup
TERKINIKeganasan rumah tangga bagaikan tiada berkesudahan, sering sahaja berlaku pergaduhan antara suami isteri.
Baru-baru ini tular satu video memaparkan dua individu yang dipercayai merupakan pasangan suami isteri sedang bertengkar di tepi jalan berhadapan sebuah gerai makanan.
Menerusi video tersebut, kedengaran si suami meninggikan suara kepada wanita berkenaan sebelum bertindak memukul wanita itu dengan menggunakan topi keledar dan menolaknya.
Video itu kemudian menjadi perhatian di kalangan pengguna media sosial yang kurang senang dengan tindakan lelaki berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memaklumkan lelaki yang berusia 35 tahun itu telah ditahan jam 2.30 petang pada Sabtu (28 Januari) lalu.
Pihak polis mengesahkan telah berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang Kelantan pada 28 Januari lalu.
Lelaki yang bekerja sendiri itu mengaku bertindak memukul wanita yang merupakan isterinya selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka.
Menurut keenyataan pihak polis, “Hasil pemeriksaan terhadap suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.
“Siasatan mendapati wanita berusia 35 tahun itu adalah isteri kepada suspek.
“Supsek mendakwa berlaku perselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan menyuruh mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit,”.
Pihak polis turut merampas alat yang digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah topi keledar berwarna merah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek direman selama empat hari bermula 29 Januari sehingga 1 Februari ini untuk siasatan lanjut,” jelasnya lagi.